Monday, February 19, 2018

Rindu Bonda

Salam sejahtera.


Tanggal Isnin 8.1.18 jam 1515, bonda tercinta telah kembali ke rahmatullah.... Kembali kepada pencipta dan pulang ke negeri abadi.
Sedih, sayu, sebak.. Pelbagai rasa di benak hati yg sukar digambarkan.
Hanya Allah swt yg tahu.


Pemergian bonda yang agak mengejutkan kerana baru sahaja sampai di rumah adik di Kulai. Namun takdir Allah tiada siapa yg boleh menghalang walau sesaat jua.

Semoga roh Allahyarhamah Sarifah Hazmiah ditempatkan bersamasama golongan orangorang yg beriman. Aamiin.
14.7.41~8.1.18

Sunday, February 18, 2018

Nasi Lemak Gong Xi Fa Chai

Salam sejahtera semua...

Blog ni memang dh berhantu.. Lama sangat tak di update.



Dah lama tak masak-masak.
Hari ni sempat masak walau sempoi je. Ingatkan nak buat ayam goreng.. Tp bayang ayam pun tak nampak kat dlm peti ais.
So.. Gunakan apa yg ada.. Nasib baik beli ikan bilis semalam.

Tiada resepi disediakan. 😀😀
Selamat menghabiskan sisasisa cuti yg ada.

Thursday, April 27, 2017

Baju Kurung Kasut Kanvas

Salam sejahtera

Saya sedang baca novel ni.


Saya memang suka membaca. Majalah, surat khabar, buku, novel... alQuran.. memang saya suka baca. Baca alQuran memang tiada tandingan dengan bahan bacaan yang lain. Tenang... insaf... bila baca sayu dan sesungguhnya.. ilmu yang lengkap utk dunia dan akhirat yang boleh kita jadikn bahan rujukan.

Saya adalah pelajar aliran sains dan matematik. Orang kata... orang matematik ni tiada perasaan... straight to the point. Tp bukan semua keadaan kita begitu... Saya sendiri ada masanya berjiwa seni... sentimental.. tu yg boleh baca novel cinta.

Walaupun dh kahwin dan ada anak2... saya tetap cinta  pada novel dan buku2. En suami tak banyak tanya.sangat mèmahami.

Jauhnya saya melalut. Cerita novel ni saya dah boleh agak apa endingnya. Tapi syok baca sebab jalan ceritanya senang nak hadam.

Nanti kita share novel lain pulak.


Monday, April 24, 2017

Selamat Pengantin Baru

Salam sejahtera



Selamat pengantin baru buat Khairol al Hafiz sepupu suami. Selamat bernikah dengan pasangannya Didi Murni pada Sabtu 22.4.2017. Sempat kami ke felda Selancar 3 bandar Muadzam Shah Pahang.

Semoga bahagia dan jodoh berpanjangan hingga ke jannah.

Friday, April 14, 2017

Tiada Arah Jodoh Kita

Salam sejahtera buat semua.

Sempat update malam2 ni.

Saya dah selesai baca novel karya Ezza Mysara ni. Gaya bahasa yang santai. Jalan cerita yang mudah. Tak perlu belit2. Saya suka. Saya suka.

Watak afia, fayyad, wakeel, aathif, nur, umi ... semuanya best. Paling seram.. kak Aisha.
Bacalah novel ni. Santai dan mudah.

Saya pinjam sikit ayat dalam novel ni:
"Kita akan merasa nikmat bahagia yang sebenar andai belum pernah rasa tersiksa.. "

Selamat bernovel.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...