Thursday, September 27, 2012

Tatasusila Profesion Perguruan

Salam sejahtera semua..

*******************************************
TATASUSILA PROFESION PERGURUAN

Kami, guru-guru Malaysia yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warga negara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun Negara.

Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperolehi pengetahuan yang terkumpul sejak zaman berzaman dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan.

Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab untuk membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuhnya, kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya

*******************************************
JOM LINK :
  1. TANGGUNG JAWAB GURU TERHADAP PELAJAR
  2. TANGGUNG JAWAB GURU TERHADAP IBU BAPA
  3. TANGGUNG JAWAB GURU TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA
  4. TANGGUNG JAWAB GURU TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION PERGURUAN
 *******************************************

*Guru yang dimaksudkan dalam konteks tatasusila ini ialah orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah institusi pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi, termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran, organisasi dan penyeliaan pendidikan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...